No comments yet

Fun Ride

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KAYUHAN BASIKAL SERTA SESI REGANGAN (WARMUP) DAN SENAMROBIK (SAB 20/30, PART II) SEMPENA HARI TANPA KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan sukacitanya, Women Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) dengan julung kalinya ingin menjemput Tuan/Puan untuk menyertai PROGRAM KAYUHAN BASIKAL SANTAI/ FUN RIDE anjuran bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Mei 2025 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Jarak Kayuhan : 5km/per pusingan

(Para peserta boleh membuat seberapa banyak pusingan mengikut pilihan dan kesesuaian masing-masing)

Pakaian : Sukan/Bersesuaian ( Para peserta hendaklah memakai topi keledar untuk berbasikal dan lain-lain peralatan keselamatan yang sesuai)
Yuran Penyertaan : Percuma

 

Para peserta juga adalah dijemput untuk bersama-sama hadir ke sesi regangan badan dan  senamrobik SAB 20/30 (Part II) sebelum acara kayuhan basikal dimulakan.

Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta menikmati keindahan alam sekitar secara santai dan menyeronokkan.

Kehadiran dan penyertaan Tuan/Puan amatlah kami hargai.

Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi WSFFM di nombor 013-5101 224

 

Nota Kaki * WSFFM akan menganjurkan kayuhan sederhana 30km-40km dalam masa terdekat ini dan mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan dalam program kami akan datang. Sila layari www.wsffm.my untuk maklumat lanjut.

 

Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil

Pengerusi WSFFM

“Be A Sport, Life Gets Better”

Comments are closed.