


Pada 3/1/2015 : President Wsffm YBhg Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil dan Penasihat Wsffm Dato’ Seri Azalina Othman Said mewakili exco exco Wsffm dan Peka telah menghantar bantuan makanan ke Kg. Bangau Tanjung, Temerloh. Sumbangan sebanyak satu lori 1 tan yang disumbangkan oleh exco wsffm, peka serta sahabat sahabat NGO dari sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
Program yang bermula jam 9am dan berakhir 2pm.
Puan Sri juga menghantar pertolongan peribadi misi gotong royong oleh Staff Tanah Aina Sdn Bhd membantu membersihkan bengkel Pengusaha Ukir Kayu Inakraf di mana telah terjejas teruk akibat banjir. Gotong Royong ini berjalan dari 8am hingga 5pm.
Nor Hayati Bt Shahrom